Sunday, 25 December 2011

SIRIH JUNJUNG





    Hari ni anak jiran sebelah bertunang. Saya yang kena buat gubahan SIRIH JUNJUNG. Masalahnya saya tak pernah pun buat sirih junjung sebelum ni. So dengan bakat terpendam yang saya korek-korek, saya pun mencubalah nasib. Bermula lah operasi dan................


                                    TANG...TANG...TANGGGGG.....Inilah hasilnya!




                           cantik gak kan? hehehe.........tak sangka ada gak bakat i ....
Eemmmmm......... next time kalau ada peluang lagi, boleh reka design lain lak. Huhuhu.......







Sunday, 18 December 2011

BISKUT BADAM COKLAT CHIP


                                                     ini adalah biskut yang di campur koko powder


  • 2 cawan gula halus
  • 1/2 buku butter SCS masin (bungkusan kecil) atau anggaran satu cawan
  • 1 cawan minyak masak
  • 1/2 cawan badam cincang di goreng kering dalam kuali dulu supaya ranggup
  • 2 cawan coklat chip HERSHEY'S (saya pilih cokelat chip ini kerana rasanya lebih sedap)
  • 4 cawan tepung serbaguna
  • sebiji telur
  • 1 sudu cream of tartar (banyak dijual di pasaraya. harga cuma dari RM0.99-1.50 je satu.
  • 1 sudu teh beaking powder
  • 1 sudu teh esyen vanilla

CARA-CARA

Satukan gula halus, butter dan telur di dalam mangkuk pengadun dan adun hingga sebati.
kemudian tambah minyak masak, dan cream of tartar. gaul rata.
Selepas itu masukkan susu tepung, beaking powder dan esyen vanilla.
Tambah tepung dan garam. gaul hingga adunan sebati.
Akhir sekali masukkan badam cincang bersama coklat chip itu.
adunan yang sudah siap akan sedikit lembik.
Sediakan loyang yang telah di sapu mentega supaya biskut tudak melekat apabila masak nanti.
Dengan menggunakan sudu, sudukan adunan dan atur di atas loyang pembakar. jarakkan sedikit kerana biskut akan mengembang.
Kemudian bolehlah dibakar selama 20-25 minit pada suhu 180 darjah sehingga warna biskut bertukar menjadi perang keemasan.

GARENTI JADI DAN RANGGUP!!!!

Saturday, 17 December 2011

NASI AIR UMPHHH!





  • 45ogram beras - di masak dengan 3 kaliganda air 
untuk dijadikan nasi bubur
  • setengah ekor ayam
  • air untuk merebus ayam anggaran 1.5 liter. 
  • 3 ulas bawang putih
  • 1 ulas bawang merah
  • 4cm kulit kayu manis
  • 4 kuntum bunga cengkih
  • sekuntum bunga lawang
  • 3 biji buah pelaga
  • 2 kiub pati lembu knorr
  • 1 kiub sup bunjut knorr
  • 5cm halia
  • seikat daun sup di potong2. Separuh di letak dalam kuah sup
  • segenggam lada jarum 
  • 1/4 bungkus bee hoon digoreng
  • bawang goreng secukupnya
  • ikan bilis halus(ikut suka)-kalau yang kasar rasanya masin dan kurang sedap
  • 2 biji limau nipis
  • 2 sudu cuka
  • sedikit gula
  • sedikit garam
  • minyak masak secukupnya

CARA-CARA

  1. Ayam di rebus dalam periuk.Biarkan terendam.Rebus sehingga ayam empuk.
  2. Setelah empuk,keluarkan ayam dan gaulkan ayam dengan halia yang telah ditumbuk.
  3. panaskan minyak dan goreng ayam sehangga agak garing dan angkat. Setelah sejuk, carik-carikkan isi ayam tersebut.hidangkan.
  4. di dalam pariuk lain, panaskan sedikit minyak. tumiskan kulit kayu manis, bunga cengkih,bunga lawang dan buah pelaga. Setelah berbau wangi tambah bawang putih dan bawang merah yang telah dimayang.tumis sehingga bawang agak garing.
  5. Masukkan air rebusan ayam tadi. jika suka kuah banyak, bolehlah ditambah air.
  6. Bila sudah menggelegak, masukkan kiub pati lembu, kiub sup bujut,sedikit daun sup dan perisakan dengan garam. angkat. Kalau suka boleh tambah ajinomoto.
  7. Untuk membuat air lada, tumbuk segenggam lada hingga lumat. tambah cuka, sedikit garam dan sedikit gula. Siap.
  8. Didalam minyak yang agak banyak, gorengkan beehoon. setelah kembang angkat. Hidangkan.
  9. Limau nipis dipotong 6. Hidangkan.
  10. setelah semua siap dimasak, sediakan mangkuk dan sendukkan nasi bubur, hiaskan dengan ayam,bee hoon goreng, bilis goreng, hirisan limau nipis, daun sup, bawang goreng dan air lada. Akhir sekali curahkah kuah sup diatas nasi tadi. 
  11. Sangat enak dimakan panas-panas.
cubalah! PASTI TAK MENYESAL